The Owner

My photo
A slave of Allah. Seeking the pleasure of Allah. Chasing my dream. Keep doing my part and leave the rest to Allah.

Saturday, 25 January 2014

Acceptance is a key to be truly FREE...

Aku sudah lama ingin hidup seperti orang lain. Maksudku bukan hidup aku tak normal cuma mungkin secara ironiknya memang sangat berbeza. Aku pun sendiri tak faham kenapa sampai sekarang aku masih menghadapi benda yang sama dalam masa 2 tahun ini. Okay! mesti curious sangat kan. Dah 2 tahun aku tak kerja, aku tak sambung belajar, aku tak buat apa-apa selain makan, minum, tidur dan jaga anak buah. Okay! i'm babysitter tapi bukan sepenuh masa. Tapi yang membezakan aku dengan babysitter sebenar adalah aku tidak dibayar. Cuba bayangkan kamu di tempat aku. Mungkin kamu pun tak sanggup nak hadapi. Actually, dalam masa 2 tahun ni juga aku banyak belajar benda-benda yang aku langsung tak tahu menahu. Contohnya tukar lampin, buat susu, merawat bayi yang sedang sakit. Hah! Bukan aku tak suka. Cuma kadang aku rasa aku ni membebankan. Dan bukan juga aku tak cuba untuk cari kerja atau sambung belajar. Aku yakin yang kakak aku takkan lepaskan aku sekiranya aku tak dapat kerja tetap atau tempat belajar yang selamat dan tidak jauh dari diaorang. Entahlah kenapa. diaorang tak percaya yang aku boleh berdikari atau aku dikongkong?. 
ADA suatu ketika tu aku sedih betul sebab aku tak dapat sambung study dan pekerjaan pun tak dapat. Aku stres sangat sampai nak lari balik Tawau tempat tinggal aku yang sepatutnya. Aku masih terfikir-fikir kan bagus kalau hidup aku macam orang lain yang muda-muda dah bagi mak bapak diaorang duit naik Mekah, ada kereta sendiri, ada rumah sendiri. Wah! anak yang sangat baik. AKU? Masih bergantung hidup dengan orang. Kalau selamanya aku di sini macam mana aku nak merasa kehidupan sendiri. Mencari pengalaman dan peluang di luar sana....ARGGGHHH!!!

AKU MAHU BEBAS!!!

Sampailah suatu saat yang aku rasa, mungkin ini adalah takdir yang Tuhan ciptakan untuk aku. Allah Maha Mengetahui segalanya. Walaupun aku tidak diberikan kehidupan yang normal seperti orang lain, tapi aku masih rasa bahagia. Bahagia melihat anak buahku membesar di tangan aku sendiri. Melihat kebahagiaan kakakku itu sendiri adalah kegembiraan aku. So, bagi aku penerimaan kita terhadap apa yang Allah telah berikan itu adalah kebebasan sebenar. Live your life and stop thinking about the others said. They can't stop talking. Kita yang alami bukan diaorang. Terimalah takdir itu, dan kamu akan merasa bebas.


No comments:

Post a Comment

Follow Moon

 Add Me Follow Me Follow Me