The Owner

My photo
A slave of Allah. Seeking the pleasure of Allah. Chasing my dream. Keep doing my part and leave the rest to Allah.

Sunday, 26 January 2014

Unexpected SUNDAY!!!

Tok..Tok!!! Pintu bilikku di ketuk dengan kuat menganggu tidur jak pagi-pagi ni. Mimpi pun melayang~~~
Tapi aku bergerak mendapatkan pintu walaupun mata masih susah untuk dibuka seperti ada gam uhu yang melekat di kelopak mataku. Pintu aku kuakkan. Dalam keadaan samar-samar aku melihat bayang kakakku yang berdiri di hadapan pintu.
"hey! bangun. Cepat bersiap".
"Hah! awalnya..."
Walaupun begitu kaki aku gagahkan. Kantuk tadi aku simpan. Mencapai tuala dan terus ke bilik air. Takut kalau lambat bersiap nanti kena tibai oleh kakak. Air yang sejuk mencengkam kulit itu membuka mataku yang masih liat untuk dibuka. Setelah selesai bersiap, kakak dan aku terus menuju ke destinasi.
Sampai sahaja, ada seorang lelaki yang menunggu kami. Guru memandu yang bakal mengajar aku tentang cara pemanduan berhemat di jalan raya. Usai menulis suatu borang kecil, kami pun ke kaunter. Ingat aku, kami hanya akan mendaftar pada hari tu and terus balik. Rupa-rupanya, aku kena terus masuk kelas 5 jam. 
Pap!!! seperti ada angin memukul pipiku untuk bangun dan berjalan menuju ke bilik kursus. Memanglah aku mahu ambil lesen kereta sekaligus motor. Tapi persediaan mental dan fizikal belum lagi. Adeh! redah jak lah. Malu sebenarnya mahu masuk kelas tu sebab aku pakai kungfu shoes.heee...
Bilik yang boleh memuatkan 35 orang dalam satu-satu masa, aku pandang dengan terkejut. Apa tidaknya, penuh tempat duduk. Kira aku, dapatlah aku mengambil port di belakang supaya aku senang sambung tidur yang masih bersisa. Tapi malangnya, penuh. Yang ada hanya kerusi yang tepat berhadapan papan slideshow. Dan takkan aku nak pergi belakang yang sah-sah di pelopori oleh kaum lelaki. Oh-Em-Gee ~~~
Fuh!!! tak apalah. Aku duduk jak. Dengan muka yang sembam dan mata yang kuyup, aku gagahkan juga untuk terus bersemangat sepanjang hari ni. Sepatutnya kelas itu bermula seawal jam 8 setengah pagi. Aku mendaftar dan masuk kelas pada jam 9.45 pagi. Sampai jam 10 setengah pagi, guru ataupun penceramah belum kelihatan. Nasib baik handphone ada bersama. So, ber'wechat lah dengan kakakku yang sekarang menetap di kota kinabalu. Taip punya taip, penceramah tu pun sampai. 
Kakakku ada cakap yang kelas 5 jam ini sangat membosankan. Betul ke tidak? Kita kena lalui dulu. Penceramah kami berbangsa cina tapi sangat fasih berbahasa malaysia. So, aku tak ada masalah dengan bahasa dia dan juga suara dia yang agak besar itu, sungguh mengejutkan mata yang kuyup tadi. Sepanjang kelas tak ada langsung aku tertidur. And...aku enjoy juga dengan cara dia menerangkan di hadapan. 
Oh ya! dia ada tanya 'Harta benda siapa yang perlu kita jaga?'
Semua shout 'harta benda sendiri'
then dia sambung 'dan...'
yang lain cakap lagi 'awam'
penceramah tu tanya lagi 'Harta benda awam tu siapa punya?'
semua diam termasuklah aku. Amazingly, ada satu mamat ni dengan bangganya sebut 'JKR punya!!!'
Hahahahahahaa!!! lawak...
Macam-macam yang dialami dalam satu hari. Ada yang cerita yang dia sudah 15 tahun bawa kereta tapi tidak pernah langsung di tahan oleh polis atau jpj. Tabiklah...
Dan aku pun dapat kenal dengan budak yang duduk sebelahku. Aku lupalah nak tanya namanya. Itulah cerita punya cerita sampai tanya nama pun lupa. Hey! pelik betul.
Jam 4 setengah sampai rumah dan bercadang untuk tidur tapi terpaksa di tangguhkan kerana kakakku mengajak lagi keluar makan. Nak tak nak terpaksa juga diikutkan. Kalau tak, perut pula lapar. Diaorang cadang nak makan ais kacang, tapi tersasar ke restoran lain pekena chicken chop pulak.
Habis jak makan semua, nak balik. Yeay!!! balik nak sambung tidur...
Terbantut lagi... kakakku minta teman pergi ke ofisnya. Entah kenapa pulak dah malam-malam mahu pergi ofis. Besok kan hari isnin kerja. Pergi besok jak lah. Tapi itu hanya dialog dalam hati dan tidak patut dikeluarkan dari mulut. At the end, aku kena juga temankan. Nasib baiklah ofis kakakku tu ada tv, jadi tak boring sangat. Boleh layan AJL28. Tanpa disedari terlelap jugalah aku sebentar di kerusi tu. Selesai kerja kakakku, akhirnya balik juga ke rumah. Sampai rumah tak mengantuk pula. Siap boleh layan AJL28 tu sampai habis. Oh ya! tahniah kepada Hafiz Suip Juara AJL28. Tiga anugerah kau di rembat habis. Cayalah...
That's all. ZZZZzzzzzz!!!

No comments:

Post a Comment

Follow Moon

 Add Me Follow Me Follow Me